12 Sept. 2025 | Selaras dengan aspirasi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, untuk memacu kemajuan teknologi nuklear sebagai salah satu sumber tenaga masa depan, UKM Pakarunding (UKMP) dan CIDB Malaysia kini bekerjasama melaksanakan Kajian Awal Kerangka Sektor Pembinaan Loji Nuklear.
Kerjasama ini berhasrat membangunkan ekosistem pembinaan yang selamat, moden, dan bertaraf antarabangsa bagi menyokong pembangunan infrastruktur tenaga nuklear negara.
Fokus Utama :
Kerjasama ini langkah strategik untuk menjadikan Malaysia peneraju teknologi nuklear serantau, selaras Dasar Pembinaan Negara 2030 & visi pembangunan mampan negara.