05 Januari 2026 | Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan potensi kolaborasi strategik antara UKM Pakarunding dan Leadership Institute of Sarawak Civil Service dalam pelaksanaan program latihan, pembangunan kepimpinan serta inisiatif peningkatan kapasiti perkhidmatan awam. Sesi perbincangan dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Intan Rahmah binti Mohd Tazuddin, Ketua Pegawai Operasi, dengan fokus kepada peluang kerjasama jangka panjang yang memberi nilai tambah kepada kedua-dua pihak.