18 Disember 2025 | Kunjungan hormat ini dilaksanakan oleh UKM Pakarunding (UKMP) sebagai langkah untuk mengukuhkan kerjasama bersama Pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak. Sesi dipengerusikan oleh YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak, dan turut disertai Pengarah UPEN Sarawak, Datu Lester Matthew, Ketua Pegawai Eksekutif Leadership Institut of Sarawak Civil Service Datu Dr. Haji Azhar BHaji Ahmad dan beberapa pegawai kanan negeri.
Perbincangan menumpukan kepada peluang kolaborasi, pemahaman tentang pengurusan negeri, serta pengukuhan hubungan strategik antara UKMP dan pihak Negeri Sarawak bagi kepentingan pembangunan bersama.