UKM Pakarunding (UKMP) Raih ASEAN ESG Icon Leadership Award 2025

21 August 2025

21 Ogos 2025 | UKM Pakarunding dengan penuh rasa syukur melakar sejarah baharu apabila dianugerahkan Anugerah Ikon Kepimpinan ESG ASEAN (ASEAN ESG Icon Leadership Award) di bawah program berprestij ASEAN ESG Leadership Program.

Anugerah ini disampaikan oleh tokoh negara, YBhg. Dato’ Sri Hajah Rohani Abdul Karim, Penasihat kepada Society for Promotion of SDGs, Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), serta bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Penganugerahan bersejarah ini telah diterima oleh Prof. Dr. Mohd Hasni Ja’afar, Pengerusi UKM Pakarunding, sebagai tanda pengiktirafan atas dedikasi dan kepimpinan UKM Pakarunding dalam mengangkat agenda kelestarian.

Forum Kepimpinan ESG ASEAN (The ASEAN ESG Leadership Forum) yang menjadi pentas anugerah ini adalah sebuah platform berimpak tinggi yang menghimpunkan barisan pemimpin C-suite, eksekutif, pengamal, perunding dan pakar industri. Ia berfungsi sebagai wadah penting bagi membincangkan masa depan ESG di rantau ini, sambil membuka ruang kepada pertukaran pandangan, perkongsian kisah kejayaan, inovasi dan penyelesaian terbaik untuk memperkukuh amalan ESG di peringkat global.

Penerimaan Anugerah Ikon Kepimpinan ESG ASEAN 2025 ini bukan sekadar penghormatan, tetapi juga simbol pengiktirafan terhadap usaha berterusan UKM Pakarunding dalam menerajui inisiatif ESG secara konsisten, inklusif dan berimpak nyata.

Penghargaan ini menegaskan komitmen UKM Pakarunding untuk terus menjadi peneraju dalam agenda kelestarian, tadbir urus yang berintegriti, dan pembangunan sosial yang mampan – bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh rantau ASEAN.

Terima kasih atas sokongan semua pihak yang sentiasa mempercayai perjalanan UKM Pakarunding. Bersama, kita akan terus membina masa depan yang lebih lestari, adil dan sejahtera untuk generasi akan datang.

Stay Up to Date

Explore More