UKM Pakarunding telah melaksanakan Program Serahan Juadah Ramadan kepada staf Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai sebahagian daripada inisiatif kesejahteraan warga kerja. Program ini bertujuan menghargai komitmen staf serta menyemarakkan semangat Ramadan melalui pemberian juadah berbuka puasa.
Program ini dilaksanakan melalui penyediaan dan agihan juadah kepada kakitangan UKM. Agihan dibuat secara terancang di lokasi yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran serta keselesaan penerima. Inisiatif ini turut menjadi platform interaksi santai yang mengeratkan hubungan antara warga UKM Pakarunding dan UKM.
Program ini berjaya:
UKM Pakarunding bertindak sebagai penyelaras dan penyedia juadah, memastikan pelaksanaan program berjalan lancar serta memberi impak positif kepada kesejahteraan warga kerja.