Misi Kemanusian Aceh Bangkit 10.0 Bersama Yayasan Mawaddah

Social

Overview

UKM Pakarunding telah menyertai Misi Kemanusiaan Aceh Bangkit 10.0 bersama Yayasan Mawaddah yang berlangsung pada 10–12 Mac 2026 di Aceh, Indonesia. Misi kemanusiaan kali ke-10 ini bertujuan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terkesan, di samping menyokong usaha pemulihan komuniti setempat. Secara keseluruhan, misi ini memberi manfaat kepada lebih 1,000 orang penerima bantuan.

Implementation

Program ini dilaksanakan melalui pengagihan bantuan asas dan sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri kepada komuniti yang terjejas akibat banjir. Dalam masa yang sama, rombongan sukarelawan turut menganjurkan majlis berbuka puasa bersama penduduk setempat bagi mengeratkan hubungan dan menyemarakkan keberkatan bulan Ramadan. Misi ini disertai oleh 23 orang sukarelawan termasuk 4 kakitangan UKM Pakarunding.

Outcomes

Program ini telah:

  • Menyalurkan bantuan keperluan asas dan sumbangan kepada lebih 1,000 mangsa banjir
    Meringankan beban komuniti yang terkesan akibat bencana
  • Mengukuhkan hubungan silaturahim antara sukarelawan dan komuniti setempat
  • Memupuk semangat kesukarelawanan serta keprihatinan sosial dalam kalangan peserta
  • Menyokong usaha pemulihan dan kebajikan komuniti pasca bencana

Our Role

UKM Pakarunding bertindak sebagai peserta dan penyokong inisiatif kemanusiaan ini bersama Yayasan Mawaddah melalui penglibatan kakitangan dalam misi lapangan. Penglibatan ini mencerminkan komitmen organisasi terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta sokongan berterusan terhadap program kemanusiaan serantau yang memberi impak kepada komuniti yang memerlukan.