UKM Pakarunding telah menyertai Misi Kemanusiaan Aceh Bangkit 10.0 bersama Yayasan Mawaddah yang berlangsung pada 10–12 Mac 2026 di Aceh, Indonesia. Misi kemanusiaan kali ke-10 ini bertujuan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terkesan, di samping menyokong usaha pemulihan komuniti setempat. Secara keseluruhan, misi ini memberi manfaat kepada lebih 1,000 orang penerima bantuan.
Program ini dilaksanakan melalui pengagihan bantuan asas dan sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri kepada komuniti yang terjejas akibat banjir. Dalam masa yang sama, rombongan sukarelawan turut menganjurkan majlis berbuka puasa bersama penduduk setempat bagi mengeratkan hubungan dan menyemarakkan keberkatan bulan Ramadan. Misi ini disertai oleh 23 orang sukarelawan termasuk 4 kakitangan UKM Pakarunding.
Program ini telah: